Pulau Selatan Senarai_pulau_di_dunia_mengikut_keluasan

KeluasanNegara
151,215 Km²New Zealand

Pulau Selatan adalah salah satu dari dua pulau utama yang membentuk New Zealand. Pulau utama yang lain adalah Pulau Utara. Nama pulau ini dalam bahasa Maori adalah Te Wai Pounamu yang bermaksud "Air batu hijau" (batu hijau ini merujuk kepada jed).Pulau ini juga mempunyai seluas wilayah 151 215 kilometer persegi (58 384 batu persegi) dan menjadikannya pulau ke-12 terbesar di dunia. Di sepanjang pesisir baratnya terdapat pergunungan Alps Selatan di mana Gunung Cook merupakan puncak tertinggi iaitu kira-kira 3 754 meter dari aras laut.